Want your
own Fotopage?






 
syafeeq's FotoPage

By: Syafeeq Fuad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Friday, 20-Nov-2009 15:10 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Zahrul Zaidi & Norulasykin

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 12 photos...
Selamat Pengantin Baru di ucapkan kepada pasangan pengatin ini dan ucapan terima kasih kerana memilih kami sebagai jurugambar mereka untuk merakam gambar majlis menyambut menantu di Peramu Pekan, Pahang. pada 31 Oktober 2009.

Majlis ini, sungguh meriah walaupun pada awalnya, cuaca hujan, tetapi alhamdulillah hujan sekejap saja, dan majlis berjalan dengan lancar. SERONOK di majlis ini kerana ramai tetamu yang hadir dengan pelbagai aksi dan gaya masing - masing. Suara keriangan kanak - kanak riuh bermain membuatkan keadaan menjadi ceria.

Terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana memberi layanan baik kepada kami..

Terima kasih kepada Zahrul Zaidi & Norulasyikin yang telah memberi kerjasama kepada kami semasa sesi fotografi, walaupun penat tetapi mereka spoting
So TAHNIAH untuk mereka..
Semoga Rumah Tangga mereka berlantaikan kasih sayang beratapkan kesetiaan.






Great....Thanks & salam perkenalan juga...singah2lah selalu Mon 23-Nov-2009 17:03
Posted by:ZUL zulzat2006@yahoo.com.my  - [Link]
wah... feeq dah donlod pic akak yer... thanks a lot feeq... akak puas hati sangat.. cantik pic feeq... good job... keep up the good work.. Tue 24-Nov-2009 13:38
Posted by:nurul
Thanks syafeeQ..suatu hasil kerja yang memuaskan.. Wed 25-Nov-2009 15:06
Posted by:zaidi zahrultriplez@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 18-Nov-2009 05:30 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Mohd ' Afif & Nurul Jannah

 
 
 
 
 
 
View all 13 photos...
Terima Kasih di ucapkan kepada pasangan pengantin ini, kerana telah mengundang kami merakam gambar di Majlis Perkahwinan mereka di Perumahan Sepekan Jaya, 26600 Pekan, Pahang.
Majlis Perkahwinan mereka berlangsung dengan begitu meriah dengan kehadiran para tetamu dan saudara mara mereka. kami juga turut merasa seronok melihat celoteh & pelbagai ragam daripada anak - anak kecil yang bermain.

Terima Kasih kepada Pasangan pengantin ini, yang telah memberikan kerjasama kepada kami semasa sesi fotografi di hari tersebut.

Selamat Pengantin Baru Di ucapkan Semoga kekal hingga ke anak cucu..

Syafeeq - 012 983 7061 - Photographer / Grafik disigner
Fuad - 012 983 1061 - Photographer
Sarina - 012 987 1061 - Penata Gaya











wah brtambah chantek dan bertambah kreatif gambar kat sini,semoga lepas ni bertambah2lah koleksi ye...d3s...bila boleh test Sun 22-Nov-2009 16:48
Posted by:fandie2k fandie2k@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 11-Oct-2009 14:03 Email | Share | | Bookmark
Family Capture

 
 
 
View all 13 photos...
Seperti tahun sebelumnya, Sari Photography sekali lagi di jemput oleh Cikgu Sabri untuk merakam gambar majlis hari raya Aidilfitri di rumahnya di kampung Padang Polo, Pekan. Semasa sesi bergambar, seronok merakam gambar anak & anak saudara cikgu Sabri yang nakal dan comel. Bebagai pose dipamerkan oleh mereka yang kadang kala boleh mengundang ketawa kepada yang hadir. Kepada Cikgu Sabri sekali lagi terima kasih daun keladi... Selamat Hari Raya Aidilfitri.








smart brooo Mon 12-Oct-2009 09:20
Posted by:Azizi Liow duke_webnet@hotmail.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 11-Oct-2009 13:14 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 11 photos...
Agak lama juga dah, tak update blog ni. Sibuk sikit dengan wedding dan kadangkala kesempatan yang ada sering ditolak oleh kesibukan. Itulah yang sering terjadi. Dan untuk kali ini, gambar yang ditampil lain sikit dari biasa. Untuk makluman peminat blog ni, pada 11 - 12 ogos 2009 yang lalu Sari Photography telah diundang untuk menyertai Ekspidisi Konvoi Motosikal Berat IPD, Pekan ke Muar & Melaka.

Konvoi bermula dari IPD, Pekan & singgah di Sekolah Bandar Dua Paloh Hinai Pekan untuk ceramah kesedaran pada para pelajar & guru mengenai keselamatan di jalan raya. Di samping itu para pelajar & guru juga di beri peluang melihat Motosikal Besar yang digunakan oleh pihak Polis dalam menjalankan tugas seharian mereka. Diakhir sesi para guru & anggota konvoi bertukar cenderahati.

Seterusnya, konvoi terus ke Segamat dan berhenti makan tengah hari di Restoren R&H Cafe Sate Maharani, beramah mesra dengan orang ramai mengenai keselamatan di jalan raya. Sambutan orang ramai menggalakkan, disamping anak muda melihat motosikal berkuasa tinggi milik Polis.

Konvoi kemudiannya bergerak ke Muar, Johor ke tempat penginapan di Hongleng Village Enterprise, untuk berehat dan pada petangnya konvoi bergerak ke Bandar Melaka dan pada malamnya ke Duyung untuk acara makan malam yang telah disediakan. Kemudian Konvoi kembali ke tempat penginapan di Muar, Johor. Keesokkan paginya, Konvoi bergerak ke Maktab Teknik PDRM, Muar Johor, untuk sesi latihan ulang kaji mengendali dan menunggang motosikal besar. Sesi latihan tamat pada tengah hari dan konvoi bergerak ke IPD, Ledang untuk makan tengah hari, dan pada petangnya konvoi bergerak untuk balik semula ke IPD, Pekan. Sampai lebih kurang jam 6 petang.

Mengulas secara ringkas mengenai Ekspidisi ini, Ketua Polis Daerah Pekan Supt. Yahaya, menyatakan bahawa Ekspidisi ini telah berjalan dengan jayanya dan seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya kepada Ketua Trafik Daerah Pekan, C/Insp. Mahadhir sebagai “orang kuat” dalam menjayakan Ekspidisi itu.










Alhamdulillah EXPDC Motosikal Berat IPD Pekan telah berjaya dan selamat ke destinasi yang dijadualkan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada warga PDRM yang turut terlibat menjayakan EXPDC ini dan ditambah pula dengan kepakaran jurugambar yang telah merakamkan gambar-gambar yang menarik dan tidak menghampakan. Ribuan terima kasih kepada pakar-pakar jurugambar dan anggota yang terlibat di dalam komitmen dan disiplin yang tinggi di dalam menjayakan EXPDC tersebut. Tanpa disiplin yang jitu mustahil EXPDC ini akan berjaya....Syabas untuk semua........ Thu 15-Oct-2009 08:18
Posted by:mahadhir bin mohd salleh mahadhir38@yahoo.com.my
hensemnya abang2 polis dengan m/sikal ST 1300............ Fri 23-Oct-2009 12:43
Posted by:Zul Ilham B Abd Rahim ilham_cops@yahoo.com.my
Add comment


Wednesday, 26-Aug-2009 05:01 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Farid Noor & Masnita

 
 
 
View all 16 photos...
Terima Kasih kepada pasangan pengantin ini kerana telah mengundang Sari photography
untuk merakam gambar di Majlis Perkahwinan mereka pada 9 Ogos 2009
di No.372 Lorong Intan 4 / 6 Peramu Jaya 3, Pekan Pahang.
Majlis Persandingan mereka berjalan dengan lancar dengan suasana yang meriah,
Terima Kasih kepada pihak tuan rumah yang telah memberi kerjasama kepada kami ,
dan terima kasih juga kepada Andaman iaitu Tengku Lokman yang banyak membantu kami semasa sesi fotografi, Terima kasih di ucapkan.

Selamat Pengantin Baru di ucapkan Kepada pasangan pengantin
Semoga Ceria Selalu

Kepada bakal pengantin yang ingin menempah pelamin atau andaman bolehlah menghubungi -
Tengku Lokman di talian 019 955 5379

Thanks..







wah HONDA THE POWER OF DREAM Sat 12-Sep-2009 06:16
Posted by:Azizi Liow duke_webnet@hotmail.com  - [Link]
black,white & color nice editing Mon 14-Sep-2009 15:01
Posted by:fandie2k fandie2k@yahoo.com  - [Link]
thanks alot to shafeeq and family...
we really appreciate it..
Sat 19-Sep-2009 09:57
Posted by:mas & fared mass1181@yahoo.com
Add comment


Thursday, 6-Aug-2009 05:11 Email | Share | | Bookmark
Royal Pahang Kart Prix

 
 
 
View all 4 photos...




fuh yooo..memang menarik betul gambar syafeeq..saya suka hasilan syafeeq ini,saya mahu menceburi dalam fotograph..tapi saya bukanlah pandai mengambil gambar yang xsentanding dgan syafeeq..saya arap syafeeq dapt memberi sokongan dan tunjuk ajar kpada sya.. Thu 20-Aug-2009 06:00
Posted by:atiqah ikamomo24@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 8-Jul-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan YM Tengku Reza Shah & YM Tengku Norfarhana

 
 
 
View all 12 photos...
Selamat Pengantin Baru Di Ucapkan Kepada YM Tengku Reza Shah & YM Tengku Norfarhana.

Terima Kasih kepada pasangan pengantin yang telah mengundang Sari Photography untuk merakam
gambar Majlis Perkahwinan mereka pada 11 Mei 2009 di Dewan Konvensyen, Pekan Pahang.

Majlis Persandingan mereka berlangsung dengan pelbagai Istiadat Diraja.. Ramai tetamu VVIP yang hadir di majlis tersebut bagi meraikan pasangan Raja Sehari.

Pada 6 Mei 2009, Upacara Mandi Sampat diadakan. Upacara ini berlangsung begitu meriah dengan
aksi - aksi yang ceria dari saudara - mara mereka. Tidak lupa juga kepada Jabatan Bomba & Penyelamat yang telah memberi kerjasama pada upacara tersebut, Terima kasih diucapkan.












perghhhh
job besar ne..leh ak blanje McD
Wed 22-Jul-2009 19:12
Posted by:Ieda-FotoClick clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
perr... best gler part gambo mandi sampan... sy bdk baru blajar, klo slh tlg tunjukkan Mon 3-Aug-2009 13:22
Posted by:yoe  - [Link]
salam..
Kepada bakal mak/pak andam baru yang ingin membuka butik pengantin, saya ingin menjual segala kelengkapan & peralatan perkahwinan yang masih baru dan cantik dgn harga berpatutan. Tujuan menjual kerana ingin berhijrah ke negeri lain & membuka perniagaan baru. Antara peralatan yg ingin dijual..

:: 1 set pelamin panel blok kayu putih (ada 3 panel) + stage
:: 1 set pelamin besi biasa + stage
:: 1 unit pintu gerbang
:: 3 set kerusi bersanding
:: 19 pasang baju pengantin ( 5 songket + 14 lace)
:: pakaian persalinan (kimono, india, cheong sam, jawa)
:: akseori lain spt samping+tengkolok, veil, kasut perempuan, tudung

Dijual pada harga yang berpatutan dan boleh dirunding. Jika berminat hubungi 017-3316074. Ingin menjual pada kadar segera. Terima kasih.
Wed 18-Nov-2009 19:51
Posted by:Mr & Mrs Ramlee
View all 8 comments Add comment


Thursday, 2-Jul-2009 05:07 Email | Share | | Bookmark
Y.A.B. Dato Sri Haji Mohd Najib

 
 
 
View all 8 photos...
Pada 18 April 2009, Sari Photography telah di undang untuk merakam detik - detik bersejarah
Y.A.B. Dato' Sri Haji Mohd Najib ke Pekan sebagai Perdana Menteri Malaysia KE - 6.
Sungguh meriah sambutan orang - orang Pekan bagi meraikan kepulangan Y.A.B Dato' Sri Haji Mohd Najib. Bertambah cerianya dengan pelajar - pelajar sekolah rendah yang beratur di tepi jalan dengan wajah - wajah ceria dan watak nakal mereka.. Walaupun cuaca hari itu panas terik, orang Pekan sanggup menunggu dengan senyuman..

Tahniah atas Pelantikan Y.A.B Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
PERDANA MENTERI MALAYSIA KE - 6.










Slm perkenalan. Thanks for dropping by my fp.
Gambar cni cun, compo best...
Thu 2-Jul-2009 09:16
Posted by:Farhan-FotoClick paan5017_tesl@yahoo.com  - [Link]
pergh, ramai gile org kat pekan
p/s:suke gambar outdoor kat taman gelora tuh
p/s:bila nk belanja MCD ne
Thu 2-Jul-2009 11:15
Posted by:Ieda-FotoClick clustergolgi@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 29-Jun-2009 15:51 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Norhanizam & Zurina

 
 
 
View all 13 photos...
Pada 9 Mei 2009, Sari Photography telah di undang untuk merakam gambar Majlis Perkahwinan
Norhanizam & Zurina di Taman Indrapura, Jerantut, Pahang.
Terima Kasih kepada pasangan pengantin dan saudara mara mereka yang telah memberi
kerjasama kepada kami semasa sesi fotografi.
Tahniah di ucapkan kepada pasangan pengantin.
Selamat Pengantin Baru...




Cantik, good bro...
Lain kali nak ikut shoot leh?
Thu 2-Jul-2009 03:05
Posted by:Azahar - UKiR  - [Link]
Add comment


Sunday, 28-Jun-2009 07:56 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Zulkarnain & Munaliza

 
 
 
View all 15 photos...

Terima Kasih Kepada Jenerasi Tok - Tok Kai yang sudi mengundang Sari Photography ke Majlis
Perkahwinan Zulkarnain & Munaliza untuk merakam detik bahagia mereka pada 5 Mei 2009.. di Tanjung Api Kuantan.. Daripada pagi sampai lah petang majlis ini berlangsung dengan suasana penuh ceria, lebih - lebih lagi dengan jenerasi Tok - Tok Kai yang tak penah kenal erti penat dan tak penah muram apabila bertemu saudara - mara...Kami juga turut terhibur dengan lagak & lawak mereka..

Pasangan pengantin telah memilih Taman Gelora untuk Outdoor shuting mereka.. pada mulanya outdoor shuting di buat tidak lah begitu ceria, Lebih kurang 5 minit suasana telah bertukar menjadi riuh & ceria dengan hadirnya Saudara - mara dari generasi Tok - Tok Kai yang menghiburkan..dan mampu membuatkan pasangan pengantin ketawa dengan penuh gembira...

Terima kasih di ucapkan kepada semua yang telah memberikan kerjasama kepada kami semasa sesi fotografi.. dan tidak lupa juga kepada Generasi Tok - Tok Kai yang telah menghiburkan kami semasa di Majlis Perkahwinan itu.

Selamat Pengantin baru di ucapkan kepada Zulkarnain & Munaliza semoga kekal hingga ke akhir hayat...






suka pic no 4 Mon 29-Jun-2009 01:47
Posted by:mie  - [Link]
huii ramainya...risau tgok takut putus kabel tuh
best la...memang diorg sporting
Mon 29-Jun-2009 16:19
Posted by:fandie2k fandie2k@yahoo.com  - [Link]
menarik..sy suka 4 dan 5..bkan senang nak ajak 1 kampung tuh.. Fri 10-Jul-2009 17:49
Posted by:hj.khairul akmal hajikaj@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.